TABUNG PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI SEMBILAN (TUNS)

 

Poster TPUNS Final-01

Sebagai tanda sokongan dalam membantu mempertingkat lagi sektor keusahawanan di Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah strategik melalui penyediaan peruntukan khas keusahawanan yang berjumlah RM 3 juta. Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah bertujuan supaya lebih ramai golongan usahawan berskala mikro berjaya diwujudkan melalui bantuan pembiayaan ini. Di samping itu juga diharapkan agar dapat meningkatkan perniagaan usahawan mikro sedia ada mereka ke arah yang lebih baik, TUNS secara tidak langsung dapat membuka peluang pekerjaan serta merangsang pertumbuhan ekonomi negeri.

Bagi menjayakan inisiatif ini, Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) telah diberi mandat untuk melaksanakan penyaluran pembiayaan mikro ini kepada usahawan-usahawan yang berkelayakan mengikut komposisi kumpulan sasar yang telah ditetapkan iaitu usahawan wanita, usahawan belia, usahawan tani, usahawan luar bandar dan usahawan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Usahawan-usahawan yang berminat untuk memohon boleh memuat turun borang permohonan di pautan dibawah :

pdficon Borang Permohonan TUNS.Pind.02

pdficon Soalan-soalan Lazim TUNS

Borang yang telah lengkap bersama dokumen-dokumen berkaitan boleh diserah kepada Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS) di alamat:

Pejabat PKNNS, 23H,
Tingkat 1, Jalan Zaaba,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Telefon : 06-761 6871

Whatsapp : 019-752 3251

E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Facebook : Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan – PRUNS

 

 

 

 

 Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan

Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan, 70710 Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
Tel : 06-7623251 (4 Lines) | Fax: 06-7637924 | E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

my goverment mdec msc myeg jpa spa biro pengaduan awam mampu kerajan n9 portal Pendaftaran Negara kementrian kwangan

  

 

Ke Atas