Pembangunan Bandar Baru

PKNNS juga terlibat dalam membangunkan bandar-bandar baru sebagai pusat pertumbuhan bagi kegunaan komersial, perumahan dan kemudahan rekreasi bagi menampung keperluan yang bertambah. Ini dilakukan pada tahun 90'an dahulu secara usahasama dengan syarikat-syarikat swasta contohnya Lembaga Tabung Haji dan Road Builder (M) Holdings Bhd.