Ikrar Integriti Korporat

IKRAR INTEGRITI KORPORAT

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN

Bahawasanya kami, seluruh warga kerja Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan berikrar ;

akan sentiasa berusaha mengekal dan mengamalkan budaya kerja berintegriti ;

akan sentiasa berusaha ke arah memperkukuhkan tahap mekanisma kawalan dan integriti operasi perniagaan kami. Ini termasuklah menerapkan nilai-nilai murni melalui penerapan budaya kerja yang amanah, bersih serta telus di kalangan warga kerja kami dan seterusnya menyokong dasar-dasar berhubung kait dengan integriti yang diterapkan di peringkat kebangsaan ;

tidak akan, samada secara sendiri atau wakil atau melalui mana-mana ejen melakukan apa-apa kesalahan rasuah atau sebarang bentuk penyelewengan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang termasuk tetapi tidak terhad kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 atau Kanun Keseksaan ;

tidak akan menjalankan sebarang amalan perniagaan atau aktiviti-aktiviti yang memerlukan atau menggalakkan mana-mana pekerja, wakil atau ejen untuk melakukan sebarang bentuk kesalahan rasuah ;

akan bersama-sama dengan pelanggan, rakan kongsi perniagaan, agensi kawal selia dan agensi penguatkuasaan undang-undang bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas daripada rasuah ;

akan mendukung Prinsip-Prinsip Pencegahan Rasuah Badan Korporat Di Malaysia dalam menjalankan perniagaan dan interaksi dengan pelanggan, rakan kongsi perniagaan dan agensi Kerajaan ;

dan

akan bertindak tegas dan membuat laporan terhadap mana-mana pihak yang melakukan perbuatan yang boleh menggugat integriti serta menjatuhkan imej Organisasi