Visi
Untuk menjadi sebuah agensi amanah yang progresif, inovatif, kompetitif dan dihormati dalam melaksanakan polisi-polisi pembangunan kerajaan dan sebagai jentera penggerak pertumbuhan ekonomi dan sosial negeri ke arah mencapai taraf Negeri Sembilan Maju Tahun 2020.
Misi
- Mengambil peranan strategik sebagai agensi peneraju dalam melaksanakan objektif pembangunan negeri dengan memberi penekanan kepada prestasi yang progresif, inovatif dan kompetitif.
- Melaksanakan amalan perkhidmatan terbaik melangkaui jangkaan pelanggan di dalam melaksanakan program-program pembangunan ekonomi dan sosial yang memfokus kepada penciptaan iklim mesra pelabur, penggalakkan pertumbuhan industri kecil dan sederhana dan pembangunan usahawan bumiputera.
- Memaksimakan aktiviti-aktiviti perniagaan, mempertahankan pertumbuhan berterusan dan menjana pulangan yang menguntungkan
- Membangunkan dan memberi motivasi yang berterusan kepada tenaga kerja dengan menyediakan persekitaran kerja dan pembelajaran yang positif.