Cadangan Pembangunan Kawasan Industri Kecil & Sederhana (IKS)
KENYATAAN REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)
Semua Syarikat/ Organisasi/ Pemaju yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman berkaitan dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam jenis Perniagaan Pemaju Hartanah/ Property Development adalah dipelawa untuk mengemukakan cadangan bagi projek berikut :| NO. PELAWAAN DAN TAJUK PROJEK | PENDAFTARAN DAN LAWATAN TAPAK | TARIKH DAN WAKTU PEMBELIAN DOKUMEN TAWARAN | BAYARAN DOKUMEN TAWARAN DAN TEMPAT PEMBELIAN | TARIKH DAN WAKTU TUTUP |
PKNNS N1 – 1/2021 CADANGAN PEMBANGUNAN KAWASAN INDUSTRI KECIL & SERDERHANA (IKS) SELUAS 111 EKAR DI ATAS LOT 3978 MUKIM RANTAU, SEREMBAN,NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS |
Pendaftaran 07 Oktober 2021 - 27 Oktober 2021 Pendaftaran boleh dibuat melalui https://forms.gle/p3ruPj6ek2tRLjfQA Lawatan Tapak (Diwajibkan) 28 Oktober 2021 - 09 November 2021 PKNNS akan menghubungi pihak syarikat untuk mengaturkan lawatan tapak |
28 Oktober 2021 – 24 November 2021 9.00 pagi – 1.00 petang Dan 2.30 petang – 4.00 petang |
RM 200.00Tunai sahaja (Wang Tidak Akan Dikembalikan) Tempat Bahagian Kewangan, PKNNS |
Tarikh Tutup 27 Januari 2022 Waktu 12.00 tengah hari Dokumen yang dihantar lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan |
- Pengangkutan untuk lawatan ke tapak cadangan adalah menggunakan kenderaan sendiri yang bersesuaian.
- Pembida hendaklah mengambil perhatian untuk mematuhi segala Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan dalam semua Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi mencegah penularan wabak Covid-19 untuk sebarang urusan berkaitan tawaran ini.
- Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri, ditulis No. Pelawaan dan Tajuk Projek serta dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di alamat seperti berikut:
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN,
PETI SURAT 158, JALAN YAM TUAN, 70710 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS - Sebarang pertanyaan berkaitan, sila berhubung dengan Bahagian Pembangunan Strategik, PKNNS di talian 06-7616871/ 2
- Pihak PKNNS tidak terikat menerima mana-mana tawaran serta tiada sebarang alasan diberikan ke atas mana-mana cadangan yang ditolak atau tidak berjaya. Keputusan adalah muktamad.
| Pendaftaran | Muat turun RFP |