BAHAGIAN SUMBER MANUSIA DAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN
- Sebarang kekosongan jawatan di PKNNS akan diiklankan di capaian https://www.pknns.gov.my.
- Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan bagi menghadiri sesi saringan/temuduga. Pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.
- Permohonan bagi latihan amali di PKNNS dibuka sepanjang tahun kepada pelajar-pelajar IPT yang berminat dan tertakluk kepada kursus pengajian yang bersesuaian dan kekosongan penempatan.
- Syarat-syarat permohonan latihan amali adalah seperti berikut:
- Keutamaan adalah dari kalangan pelajar kelahiran Negeri Sembilan;
- Permohonan perlu dikemukakan tiga (3) bulan sebelum tarikh menjalani latihan
- Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:
- Surat permohonan oleh pelajar
- Surat sokongan dari IPT pemohon
- Resume (CV) pelajar
- Transkrip penuh peperiksaan sepanjang pengajian
- Dokumen yang lengkap boleh dihantar ke:
Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan
Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan,
70710 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus
(U.P.: Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Pengurusan)
BAHAGIAN KEWANGAN
- PKNNS akan membuat bayaran kepada pembekal dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan invois dan bil yang telah lengkap.
- PKNNS akan mengeluarkan resit rasmi untuk setiap bayaran yang telah diterima.
- Segala jenis pembayaran berkala perlulah dilakukan sebelum atau pada 7hb bagi setiap bulan.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
- Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS)
Bantuan dalam bentuk geran berjumlah RM3,000.00 bagi tujuan peningkatan kapasiti dan keupayaan perniagaan sedia ada ke tahap yang lebih baik. Pembiayaan disasarkan kepada golongan peniaga atau penjaja kecil yang merekodkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000.00.
- Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus (TUNS Plus)
Bantuan pembiayaan dalam bentuk pinjaman mudah tanpa faedah berjumlah maksimum RM15,000.00 untuk tempoh lima (5) tahun bagi tujuan peningkatan kapasiti dan keupayaan perniagaan sedia ada ke tahap yang lebih baik. Pembiayaan disasarkan kepada golongan usahawan Mikro yang merekodkan jualan tahunan kurang daripada RM300,000.00 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang;
- Semua permohonan pembiayaan ini perlu dibuat secara atas talian melalui pautan berikut www.tuns.my.
- Syarat asas bagi permohonan pembiayaan ini adalah perniagaan perlulah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dan kelayakan perniagaan yang telah ditetapkan. Syarat-syarat lengkap serta dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pembiayaan ini boleh disemak di dalam laman sesawang tersebut.