Accessibility Tools

Skip to main content

Corporate Information

Pencapaian Piagam Pelanggan

Komitmen Perkhidmatan

Piagam Pelanggan

Komitmen Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan dalam memberikan perkhidmatan yang cekap, berkualiti, telus dan memenuhi keperluan pelanggan.

Piagam Pelanggan menetapkan standard tempoh penyampaian perkhidmatan sebagai komitmen organisasi dalam memastikan setiap urusan pelanggan dilaksanakan secara profesional, cekap dan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
01
Hartanah
Pengurusan Permohonan Hartanah
Memproses dan memberi maklum balas terhadap permohonan hartanah selepas semua dokumen dan maklumat lengkap diterima.
Tempoh Sasaran 14 Hari Bekerja
02
Perjanjian
Penyediaan Perjanjian Jual Beli (S&P)
Menyediakan draf Perjanjian Jual Beli (S&P) selepas semua dokumen dan maklumat berkaitan diterima dengan lengkap.
Tempoh Sasaran 21 Hari Bekerja
03
Perkhidmatan
Khidmat Pelanggan
Memberi maklum balas terhadap pertanyaan pelanggan yang diterima melalui emel, telefon atau urusan secara bersemuka di kaunter.
Tempoh Sasaran 3 Hari Bekerja
04
Kewangan
Bayaran Balik Deposit
Memproses urusan bayaran balik deposit selepas semua dokumen dan maklumat yang diperlukan diterima dengan lengkap.
Tempoh Sasaran 30 Hari Bekerja
05
Aduan
Pengurusan Aduan Pelanggan
Memberi maklum balas awal terhadap aduan yang diterima dan mengambil tindakan penyelesaian berdasarkan jenis serta skop aduan.
Tempoh Sasaran
Maklum Balas: 5 Hari
Penyelesaian: 14 Hari
06
Kaunter
Perkhidmatan Kaunter
Memberikan perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap dan profesional dengan memastikan tempoh menunggu pelanggan berada pada tahap yang munasabah.
Masa Menunggu Sasaran Tidak Melebihi 15 Minit
bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map
facebook sharing button @pknns