JADUAL MESYUARAT 2026
2026
Takwim Mesyuarat MBJ
Tiga mesyuarat Majlis Bersama Jabatan PKNNS sepanjang tahun 2026.
- MESYUARAT BIL. 1/202601
Khamis, 5 Mac 2026
- MESYUARAT BIL. 2/202602
Jumaat, 24 Julai 2026
- MESYUARAT BIL. 3/202603
Khamis, 5 November 2026
Tarikh berdasarkan takwim MBJ 2026 yang diterbitkan oleh PKNNS.
Latar Belakang
Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala di mana pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan pihak pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbangkan idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.
Bidang dan Fungsi
- Membincangkan dan memutuskan perkara mengenai syarat-syarat bekerja berkaitan pentadbiran kecuali hal pekerja perseorangan.
- Membolehkan kakitangan mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab terhadap kerja mereka.
- Menggalakkan kakitangan menyertai perbincangan bagi meningkatkan pengetahuan pentadbiran jabatan.
- Menyediakan kemudahan untuk memperbaiki perjalanan organisasi pejabat serta menerima cadangan kakitangan.
Perkara Yang Boleh Dibincangkan
Perkara yang boleh dibincangkan meliputi semua perkara berkaitan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal peribadi. Isu dasar boleh dibincangkan bagi tujuan menerangkan pelaksanaannya sahaja.
- Elaun dan kemudahan
- Kewangan
- Perkhidmatan
- Skim perkhidmatan dan perjawatan
- Kebajikan
- Pentadbiran
- Hal-hal lain berkaitan kerja
Faedah MBJ
- Mewujudkan hubungan positif antara pengurusan dan pekerja
- Kepuasan hati dalam bekerja
- Peningkatan daya pengeluaran
- Peningkatan kualiti kerja
- Penjimatan kos
- Kemajuan pekerja
- Sikap hormat menghormati
- Penyelesaian masalah
- Kesetiaan kepada organisasi
- Perpaduan kakitangan