Accessibility Tools

Skip to main content

Inisiatif & Program

Program Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan

PROGRAM PERUMAHAN
RUMAH HARAPAN RAKYAT
Tahun 2026 • Fasa 2
PERMOHONAN KINI DIBUKA

Permohonan Rumah Harapan Rakyat Tahun 2026

Dimaklumkan bahawa permohonan bagi program Rumah Harapan Rakyat kini dibuka kepada orang awam yang berkelayakan.

TEMPOH PERMOHONAN
6 Mei 2026 – 30 Jun 2026
Sila kemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan.
HARGA SERENDAH
RM85,000
PEMBIAYAAN
Tanpa Faedah
BAYARAN
Bulanan Serendah RM270

Rebut peluang memiliki rumah mampu milik dengan harga berpatutan, pembiayaan tanpa faedah dan bayaran bulanan yang lebih rendah.

PANDUAN PERMOHONAN

Cara-Cara Memohon

1
Muat Turun Borang Permohonan
Klik butang Borang RHR dan cetak borang permohonan yang disediakan.
2
Lengkapkan Maklumat Pemohon
Isi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap, jelas dan tepat.
3
Sediakan Dokumen Sokongan
Sertakan salinan dokumen berkaitan seperti kad pengenalan, penyata pendapatan dan dokumen lain yang diperlukan.
4
Hantar Permohonan
Hantar borang yang telah lengkap bersama dokumen sokongan sebelum atau pada 30 Jun 2026.
Sila klik pautan dokumen berkaitan untuk mendapatkan nota penerangan, borang permohonan dan iklan rasmi program.

Kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk golongan B40 memiliki rumah sendiri.

Program Rumah Harapan Rakyat telah diperkenalkan pada tahun 2021 sebagai satu inisiatif prihatin bagi membantu golongan B40 yang masih belum memiliki rumah sendiri. Program ini menawarkan kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk pembinaan satu (1) unit rumah di atas tanah milik pemohon yang sesuai dan telah dikenal pasti.

Melalui program ini, pemohon yang layak berpeluang memiliki kediaman sendiri dengan komitmen bayaran yang rendah, terancang dan mampu milik, tanpa sebarang caj faedah sepanjang tempoh pembiayaan.

Bagi tahun 2026, harga seunit rumah ditetapkan sebanyak RM85,000. Pemohon hanya perlu membuat bayaran balik sebanyak RM270 sebulan bagi tempoh 300 bulan (25 tahun), menjadikan program ini antara inisiatif perumahan yang paling mesra rakyat dan berdaya mampan.

Butiran Program

HARGA SEUNIT
RM 85,000
DEPOSIT
5% · RM 4,250
BAYARAN BULANAN
RM 270
TEMPOH
300 Bulan
(25 Tahun)
KADAR FAEDAH
0%
Faedah

Untuk Keterangan Lanjut

Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS)
Bahagian Pembangunan Strategik
23-H, Tingkat 1, Jalan Zaaba,
70100 Seremban, Negeri Sembilan

Tel (Whatsapp): 016-744 3251
Faks: 06-761 6877

bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map
facebook sharing button @pknns