Accessibility Tools

Skip to main content

Arkib

Permohonan Program Rumah Harapan Rakyat 2022 kini dibuka dari 15-02-2022 hingga 30-04-2022

Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Program Rumah Harapan Rakyat bermula pada tahun 2021. Program ini adalah kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membina satu (1) unit rumah untuk golongan B40 yang masih belum memiliki rumah dan ingin membina rumah di atas bidang tanah masing-masing.

Bagi tahun 2022, harga seunit rumah yang akan dibina adalah sebanyak RM78,000.00, manakala amaun pinjaman pembiayaan oleh pemohon adalah sebanyak RM70,000.00 sahaja. Pinjaman pembiayaan ini adalah tanpa faedah dan bayaran balik selama 300 bulan (25 tahun).

  • Harga Seunit - RM78,000.00
  • Pinjaman Pembiayaan - RM70,000.00
  • Bayaran Deposit 5% - RM3,500.00
  • Bayaran Balik - RM222.00 sebulan selama 300 bulan (25 tahun)

Pemohon boleh memuat turun Iklan, Nota Maklumat dan Borang Permohonan di pautan yang tertera di bawah.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN STRATEGIK
23-H, TINGKAT 1, JALAN ZAABA,
70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

Tel: 06 761 6871         Faks: 06 761 6877

Iklan    Nota Maklumat    Borang Permohonan

bahasa sharing button Bahasa Melayu
faq sharing button FAQ
hubungi sharing button Contact Us
aduan sharing button Feedback
sitemap sharing button Site Map
facebook sharing button @pknns