- Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS)
 
Bantuan dalam bentuk geran berjumlah RM3,000.00 bagi tujuan peningkatan kapasiti dan keupayaan perniagaan sedia ada ke tahap yang lebih baik. Pembiayaan disasarkan kepada golongan peniaga atau penjaja kecil yang merekodkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000.00.
- Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus (TUNS Plus)
 
Bantuan pembiayaan dalam bentuk pinjaman mudah tanpa faedah berjumlah maksimum RM15,000.00 untuk tempoh lima (5) tahun bagi  tujuan peningkatan kapasiti dan keupayaan perniagaan sedia ada ke tahap yang lebih baik. Pembiayaan disasarkan kepada golongan usahawan Mikro yang merekodkan jualan tahunan kurang daripada RM300,000.00 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang;