Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri sembilan (PKNNS) telah ditubuhkan pada 22 MAC 1969. Dari segi pertubuhan ia adalah satu badan berkanun negeri yang mempunyai kuasa-kuasanya sendiri dan bertanggungjawab kepada badan perundangan negeri. Dari segi institusi pula, ia adalah merupakan satu perusahaan awam yang di letakkan di bawah pengawasan Kementerian Ekonomi. Perbadanan ini ditubuhkan bagi menggalakkan pembangunan di Negeri Sembilan. Ia juga merupakan agensi amanah bagi melaksanakan dasar-dasar kerajaan terutama di bawah Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional serta Rangka Rancangan Jangka Panjang 2