Bantuan Kebolehcapaian

Skip to main content

Inisiatif & Program

Program Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan

PROGRAM PERUMAHAN
RUMAH HARAPAN RAKYAT
Tahun 2026 • Fasa 2
PERMOHONAN TELAH DITUTUP

Permohonan Rumah Harapan Rakyat Tahun 2026 Telah Ditutup

Dimaklumkan bahawa permohonan bagi program Rumah Harapan Rakyat Tahun 2026 Fasa 2 telah ditutup.

TEMPOH PERMOHONAN
6 Mei 2026 – 30 Jun 2026
Permohonan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
HARGA SERENDAH
RM85,000
PEMBIAYAAN
Tanpa Faedah
BAYARAN
Bulanan Serendah RM270

Terima kasih atas sambutan dan permohonan yang telah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.

MAKLUMAN PERMOHONAN

Permohonan Telah Ditutup

1
Tempoh Permohonan Telah Berakhir
Permohonan Rumah Harapan Rakyat Tahun 2026 Fasa 2 telah ditutup pada 30 Jun 2026.
2
Borang Permohonan Tidak Lagi Dibuka
Sebarang permohonan baharu selepas tarikh tutup tidak akan diproses.
3
Semakan Permohonan
Permohonan yang telah diterima dalam tempoh ditetapkan akan tertakluk kepada proses semakan dan kelayakan.
4
Makluman Lanjut
Sebarang makluman lanjut berkenaan program ini akan dimaklumkan melalui saluran rasmi PKNNS dari semasa ke semasa.
Permohonan telah ditutup. Sila klik pautan dokumen berkaitan untuk mendapatkan nota penerangan dan iklan rasmi program.

Kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk golongan B40 memiliki rumah sendiri.

Program Rumah Harapan Rakyat telah diperkenalkan pada tahun 2021 sebagai satu inisiatif prihatin bagi membantu golongan B40 yang masih belum memiliki rumah sendiri. Program ini menawarkan kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk pembinaan satu (1) unit rumah di atas tanah milik pemohon yang sesuai dan telah dikenal pasti.

Melalui program ini, pemohon yang layak berpeluang memiliki kediaman sendiri dengan komitmen bayaran yang rendah, terancang dan mampu milik, tanpa sebarang caj faedah sepanjang tempoh pembiayaan.

Bagi tahun 2026, harga seunit rumah ditetapkan sebanyak RM85,000. Pemohon hanya perlu membuat bayaran balik sebanyak RM270 sebulan bagi tempoh 300 bulan (25 tahun), menjadikan program ini antara inisiatif perumahan yang paling mesra rakyat dan berdaya mampan.

Butiran Program

HARGA SEUNIT
RM 85,000
DEPOSIT
5% · RM 4,250
BAYARAN BULANAN
RM 270
TEMPOH
300 Bulan
(25 Tahun)
KADAR FAEDAH
0%
Faedah

Untuk Keterangan Lanjut

Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS)
Bahagian Pembangunan Strategik
23-H, Tingkat 1, Jalan Zaaba,
70100 Seremban, Negeri Sembilan

Tel (Whatsapp): 016-744 3251
Faks: 06-761 6877

bahasa sharing button English
faq sharing button Soalan Lazim
hubungi sharing button Hubungi Kami
aduan sharing button Maklum Balas
sitemap sharing button Peta Laman
facebook sharing button @pknns