Tadbir urus korporat yang efektif akan memastikan kredibiliti jabatan sentiasa berada pada satu tahap yang lebih tinggi. Elemen-elemen yang penting dalam tadbir urus korporat melibatkan pematuhan kepada peraturan, pekeliling, integriti, pengurusan sumber manusia yang cekap dan usaha memberi nilai tambah terhadap meningkatkan sistem penyampaian jabatan.
Dalam usaha menjadikan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan sebagai sebuah agensi yang terulung di Negeri Sembilan, maka kami akan memenuhi ketetapan-ketetapan berikut:
-
Melaksanakan inisiatif Kerajaan Negeri dengan penuh cekap dan telus mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
-
Menyediakan perkhidmatan, bimbingan dan layanan yang cepat, cekap, ramah dan mesra.
-
Melabur dalam bidang-bidang pelaburan yang menguntungkan dan memberi pulangan yang setanding dengan pasaran di samping memastikan pertumbuhan yang berterusan.
-
Memberi maklumat yang tepat, jelas dan terkini.
-
Sentiasa amanah, bertanggungjawab dan jujur dalam semua urusan.
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA & PERKHIDMATAN PENGURUSAN
Memproses dan menguruskan urusan pengambilan jawatan baru dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup.
BAHAGIAN KEWANGAN
Memastikan semua bil, tuntutan dan bayaran dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh ianya diterima dengan lengkap dan sempurna berdasarkan AP 103(a).
BAHAGIAN KORPORAT & KOMUNIKASI
Memastikan Buku Laporan Tahunan disediakan sebelum atau pada bulan Disember setiap tahun.
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA
Memproses permohonan penyewaan hartanah, mengeluarkan surat tawaran dan menyediakan dokumen perjanjian dalam tempoh tiga (3) minggu.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
Memastikan setiap program keusahawanan dilaksanakan mengikut tempoh masa dan peruntukan yang telah ditetapkan.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN STRATEGIK
Memastikan setiap pelaburan yang dikeluarkan dapat memberikan hasil pulangan yang menguntungkan.
BAHAGIAN TEKNIKAL
Memastikan projek/kerja-kerja pembinaan disiapkan dalam tempoh dan kos yang diperuntukkan mengikut skop dan spesifikasi yang ditetapkan.
UNIT AUDIT DALAM
Melaksanakan pengauditan berdasarkan kelulusan Perancangan Audit Tahunan.
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
Memastikan tahap rangkaian dan perkhidmatan internet dapat beroperasi sekurang-kurangnya 90% dalam masa setahun.